MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SETIAP TELUK ADA KEMANGNYA SIRI 3

AYOYO SAAAAAMIIIIII   !!!

Sebaik sahaja calon Barisan Nasional diterima untuk bertanding melawan Ruslan Kassim, presiden MIC Tan Seri S. Samy Vellu telah bersuara lantang. "Kita akan menang Teluk Kemang dengan majoriti yang lebih besar........!"  Kelantangannya itu diangguk-anggukkan oleh para pemimpin Barisan Nasional yang berada bersamanya ketika itu. Alangkah lucunya perkara ini sedangkan jumlah pengundi India di Teluk Kemang adalah kurang daripada dua puluh lima peratus. Pengundi yang terbesar ternyata pengundi orang Melayu, seperti yang telah berlaku di masa yang dulu-dulu. Sekaligus, kelantangan Samy Vellu adalah satu tamparan hebat kepada semua orang Melayu yang akan keluar mengundi di Teluk Kemang nanti.

Memang, Samy Vellu telah mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh semua pemimpin Barisan Nasional di hari pencalonan itu. Itulah strategi Barisan Nasional. "Menang dengan 'Majoriti' yang lebih besar daripada yang dulu kala." Begitu yakin mereka semua. Kalau terlalu yakin kenapakah tidak digalakkan TV menunjukkan pasukan penyokong Ruslan Kassim di hari pencalonan itu? Kenapakah ditunjukkan saja para penyokong Barisan Nasional daripada pandangan jarak jauh? Kenapa tidak diberi zoom dan besarkan para penyokong yang datang itu?  Semua ini adalah satu teka-teki yang hanya akan difahami oleh sesiapa yang ada di tempat pencalonan. Sesiapa yang telah melihat gambar-gambar para pemimpin parti Barisan Nasional yang datang di hari pencalonan itu memang terpegun melihatkan betapa ramainya menteri kanan dan para menteri setiap parti komponen yang tiba.  Inilah perang psikologi yang mencerminkan strategi parti. Semua ini adalah gambaran jelas siapa yang akan menang nanti. Malang-nya gambar yang ditunjukkan di TV bukan mencerminkan keadaan yang sebenarnya secara menyeluruh di hari itu.  Bukannya semua menteri dan pemimpin BN yang ada akan mengundi di Teluk Kemang.

Sokongan Yang Membawa Rebah?

Kalau dilihat betul-betul memang ternyata Ruslan Kassim mempunyai persiapan yang rapi kali ini. Jumlah penyokong memang ramai. Melihatkan sepanduk dan bendera Barisan Nasional berkibaran di sana sini dengan megahnya, Barisan Alternatif  kalah dalam segi persiapan ini. Dari apa yang ditunjukkan oleh penyokong Barisan Alternatif dan kalau dibandingkan dengan apa yang dipertontonkan oleh barisan Nasional, memang Ruslan dan Barisan Alternatif telah menampakkan kekurangan vitamin 'wang' untuk menandingi apa yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional. Kalau diteliti, nampaknya Barisan Nasional telah berbelanja besar dan mungkin melampaui peruntukan yang diizinkan. Siapakah yang mampu menyanggah mereka?  Kalau dibandingkan pula secara sokongan suara dan semangat yang bersistem seperti ditunjukkan oleh penyokong BA, harapan  Ruslan cerah; malahan untuk menang.  Tetapi, bukankah itu juga gambaran yang kita lihat di Sanggang dulu?

Sebenarnya para penyokong Ruslan dan Barisan Alternatif memang ramai lagi. Mereka sengaja tidak mahu menunjukan muka, lebih-lebih lagi setelah mengeluh panjang kerana ketiadaan bilik sewaan di hotel-hotel berbintang-bintang di Port Dickson. "Semua bilik telah habis ditempah oleh para pengunjung yang datang bercuti di musim cuti sekolah." Rupanya-nya program Citrawarna yang dilaksanakan di Kuala Lumpur telah memberikan peluang untuk semua bilik hotel habis ditempah. Itulah gambaran yang diberikan kepada setiap para penyokong BA yang berusaha untuk berada di Teluk Kemang sejak petang Sabtu yang lalu. Cerita sebenarnya ialah bilik-bilik itu sengaja ditempah oleh pihak Barisan Nasional terlebih dulu untuk menentukan penyokong BA berada dalam keadaan kelam kabut tidak menentu. Dalam hal ini, kita tabik kepada Isa Samad dan Khalil Yaakob. Mereka menang pusingan pertama percaturan politik itu.

Keadaan sabotaj secara bersahaja itu telah disedari dan didedahkan oleh orang  tempatan. Mereka memang kesal dengan peristiwa itu tetapi apakan daya? Bukankah mereka mengikut perintah sahaja? Para strategis BN fikir mereka berjaya menutup pintu hotel kepada penyokong BA di pusingan pertama ini, tetapi berjayakah mereka nanti menutup pintu hari para pengundi daripada memangkah Ruslan Kassim? Begitulah juga halnya dengan cara mereka memperlekehkan kepimpinan Barisan Alternatif seperti yang dilakukan oleh Utusan Melayu yang telah menyerang parti KeADILan sejak satu minggu yang lalu.

Orang Melayu menentang UMNO

Tentu kita masih teringat kata-kata J.B. Habibie presiden Indonesia ke-3 dulu yang pernah berkata: "Pemilihan raya Umum (pemilu) adalah satu pesta  yang harus disenangi oleh segenap lapisan rakyat. Ia harus berlaku dalam suasana riang gembira agar menjadi satu fasa kegembiraan dalam hidupan manusia."  Sepatutnya inilah yang berlaku dan setiap pemimpin kerajaan tidak kira samada menganggotai kabinet ataupun kerajaan negeri yang memerintah mengucapkan kata-kata mengajak rakyat berpesta di Teluk Kemang. Bukannya dengan menabur fitnah untuk menumpaskan parti lawan. Cukuplah dengan kata-kata Barisan Nasional akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Kita menjangkakan perkara ini tidak akan berlaku kerana Barisan Nasional tidak mampu melihatkan suasana riang gembira di waktu berkempen itu. Kalau rakyat riang dan gembira bererti Barisan Nasional akan menang dengan majoriti yang amat besar.

Saya telah membuat pemantauan yang agak lama akan suasana politik yang boleh dijangkakan di Teluk Kemang ini. Kerana itu saya telah menulis dua artikel sebelum ini di bawah Siri Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila. Sila lihat  'Bertandak Gajah Di Hutan Takkan Pacah Ko, dan 'Itu Dulu Punya Taim'. Kedua-dua artikel itu berlatar-belakangkan Teluk Kemang dan memberikan gambaran Teluk Kemang di pertengahan lima puluhan dulu.

Memang, Teluk Kemang di tahun lima puluhan dulu adalah sebuah perkampungan di persisiran pantai yang tenang. Keadaan 'teluk' dalam perkataan menggambarkan satu tempat yang di zaman dulu dipilih oleh pihak British sebagai tempat paling sesuai untuk melatih para askar Melayu menjalani latihan mereka. Ketika itu kem askar Melayu memang dibina di sepanjang jalan di antara Batu Empat  hinggalah melewati kawasan yang dipanggil Teluk Kemang. Menurut sejarah, ada tiga sebab kenapa teluk itu dipanggil Teluk Kemang. Ada yang mengaitkan perkataan kemang kepada sejenis pokok di tepi pantai yang dalam perkataan sains disebut Mangifera Kemanga. Pokok itu lebih mirip kepada pokok pulasan dan bolehlah dikatakan salah satu spesis pulasan laut. Ada pula yang mengatakan 'kemang; datangnya daripada sejenis siput laut yang mudah didapati di kawasan itu satu masa dulu. Ada pula yang mengatakan perkataan 'kemang' datangnya  daripada sejenis hantu yang dikatakan suka mengganggu bayi di zaman dulu.

Bagaimana kelirunya orang Teluk Kemang sejak dulu lagi akan asal-usul perkataan 'kemang' yang dipasangkan dengan perkataan 'teluk' itu, begitulah juga kelirunya para pengundi Melayu di kawasan parlimen itu. Saya memang sudah lama menjangkakannya. Kerana itu saya sudah lama memantau perjalanan sentimen orang Melayu di kawasan itu untuk melihat betapa perubahan keazaman dan pemikiran Melayu itu dapat diputarbalikkan oleh keadaan yang rapat dengan kehendak kehidupan. Hati tercuit untuk melakukan kajian itu setelah melihat betapa para pengundi di Sanggang boleh bertukar dalam masa 48 jam sebelum waktu pengundian disebabkan rupa bentuk barang hadiah yang dihamburkan oleh pihak pemerintah. Kini, cuitan hati itu makin giat rentaknya setelah melihatkan pula gelagat para perwakilan UMNO yang bersidang di PWTC dulu. Kita sudah nampak banyak persamaannya. Di Sanggang dulu, calon PAS tumpas kerana taburan janji dan 'hadiah' spontan yang dibawa masuk dalam percaturan pengundian. Di PWTC dulu pun perkara yang sama terus berlaku. Kali ini, orang yang menerima segala imbuhan itu adalah orang yang sama  bersuara lantang menentang budaya politik wang dan agihan wang untuk menentukan siapa yang patut diundi dan siapa yang sepatutnya diketepikan.

Kalau kedua-dua fenomena ini diambil kira untuk menilai kemampuan Ruslan dalam pilihanraya kecil di Teluk Kemang, saya percaya Ruslan akan menghadapi sedikit masalah untuk menang. Dia terpaksa bekerja keras, malahan lebih keras lagi daripada yang pernah ditunjukkannya di Kuala Pilah ketika menentang Nafsiah dulu. Ketika itu Ruslan memang mempunyai satu jalan yang cerah cuma 'kemang' yang datang di malam penghitungan undi yang membuatkan Ruslan terpaksa mengaku kalah juga akhirnya.

Ketika bertanding melawan Nafsiah dulu, ramai analis politik yang mengatakan Ruslan akan menang dengan majoriti yang besar. Saya berada di Kuala Pilah ketika itu dan melihat sendiri bagaimana calon-calon Barisan Alternatif berkempen. Malahan ketika kempen memuncak, kita boleh nampak betapa bersemangatnya golongan muda Kuala Pilah membantu Ruslan dan calon BA yang lain di daerah itu. Ketika ditinjau pendapat golongan muda di Kuala Pilah ketika itu, memang Ruslan menerima sokongan yang hebat. Tetapi apakan daya, inilah golongan yang tidak dapat mengundi. Soalnya sekarang, apakah gerangan masalah yang serupa timbul di Teluk Kemang. Saya diberitahu sesiapa yang mahu memeriksa daftar mengundi perlu ke pejabatnya di Seremban kerana tidak ada kemudahan itu di Port Dickson ataupun di Rembau. Alangkah peliknya perkara ini sedangkan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) hanya menyelia satu proses pengundian di waktu ini. Kenapakah tidak disediakan kemudahan berlebih-lebih untuk sesiapa sahaja menyemak daftar pengundi. Tidak semestinya penyemakan itu dilakukan kepada kawasan Teluk Kemang. Sesiapa sahaja diberikan peluang menyemak untuk seluruh negara.

Malahan ketika mengulas pemilu di Sanggang dulu, saya ada membuat cadangan kenapakan pilihanraya kecil seperti di Sanggang dan kini di Teluk Kemang  dijadikan satu medan SPR mencuba mengendalikan pengundian secara elektronik. Bukan susah sangat untuk mengendalikannya, kerana hasilnya nanti boleh dijadikan satu asas untuk mengendalikan pilihanraya secara IT. Dengan cara itu setiap pengundian itu dikira keputusannya secara IT juga. Tentu sekali tidak ada lagi masalah undi hantu dan undi tipu.  Sebagai sebuah parti politik yang sudah yakin untuk menang dengan majoriti yang lebih besar daripada zaman dulu-dulu, tentu sekali pengundian dengan menggunakan komputer tidak akan merunsingkan pihak yang sungguh yakin itu. Malahan, Ruslan Kassim dan juga Barisan Alternatif tentu sanggup mencuba sistem IT yang diperkenalkan. Soalnya sekarang kenapakah program seperti ini tidak mahu dimulakan? Apakah benar Barisan Nasional akan menang dengan majoriti yang lebih besar ataupun apakah Barisan Alternatif yang akan menang pilihanraya itu kali ini dengan majoriti yang besar pula?

Orang Melayu Yang Semakin Keliru

Salah satu  kenikmatan pilihanraya ialah membuat perhitungan siapakah yang akan menang. Pegawai KEMAS memang pakar dalam hal ini kerana itulah tugas mereka selama ini. Mereka akan meneroka setiap pelusuk kampung di sesuatu kawasan pengundian untuk memberi maklumat peluang pihak kerajaan menang di setiap pilihanraya. Dari maklumat itulah nanti, para strategis pihak berkenaan mengatur langkah baru bagaimana mahu menang dengan cara yang orang lain tidak tahu. Dengan lain perkataan kemang-kemang undi hantu dan undi tipu memang sudah ada lama di merata tempat di negara ini. Adanya mereka kali ini  di Teluk Kemang adalah secara kebetulan sahaja.

Tetapi, kalau kita perhatikan 'keangkuhan' setiap pemimpin Barisan Nasional yang menelah kemenangan besar di Teluk Kemang itu kita mudah terpesona dengan gelagat dan aksi politik mereka. Kalau sudah terlalu yakin kenapakah Utusan Melayu berusaha sangat menyerang ke ADILan terutama sekali Ketua Pemuda parti itu Ezam, sejak beberapa hari yang lalu. Malahan, tindakan satu golongan pengendali laman-web menghitamkan laman mereka di waktu yang sama tersebarnya pengunduran  kawan rapat Ezam (untuk melompat balik kepada UMNO) merupakan tanda tanya para pengundi Melayu di Teluk Kemang. Saya ada menerima banyak emel yang menyebutkan hal ini dan ingin memetik beberapa kandungan emel itu sebagai merakamkan ketelusan  hati si pengirimnya.

.... ..... " Memang benar, tragedi yang berlaku akhir-akhir ini telah mengelirukan dan merunsingkan hati dan fikiran kebanyakan reformis samada yang berada di Malaysia mahupun di luar negara."

......... " Semalam, sudah saya berikan jawapan berikut pada siapa saja yang bertanya: Oh, tentang enam laman web itu dan tentang ketua pemuda Parti Keadilan Kedah yang keluar parti itu. Itu perkara biasa. Dalam politik kita mesti jangkakan perkara ini akan berlaku dari masa ke masa. Elok pun ianya berlaku sekarang kerana the earlier we get rid of these elements the better it is for us. Tiba-tiba fikiran saya menjadi lapang. Penglihatan saya menjadi terang. Bukan enam laman web atau seorang bekas ketua pemuda yang memegang nyawa perjuangan ini. Allah tempat kita berpegang. Mari kita teruskan perjuangan ini kerana Allah. Dia tentunya tidak akan mengkhianati kita"

.........     " We came from Singapore to witness the occasion and to check our names. It seems we have to be in Seremban SPR tomorrow to do it. Once, we were the fighters for MCA in Lukut and Bukit Pelanduk. This time our votes will be for the Barisan Alternatif. So will be those of our relatives and friends. The DAP should go all out to help Keadilan, the way Keadilan and PAS went all out to help DAP in the last election."

... "Never underrate the support of the Chinese for the Barisan Alternatif this time. Come what may, either the government pays the overdue compensation or not. Over time, we have endured the pains but will never forgive the MCA and Parti Gerakan for all the lies and bad promises.....!"

Biarlah saya terjemahkan emel dalam Bahasa Inggeris yang ditulis oleh dua orang rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura:

"Kami tiba daripada Singapura untuk menyaksikan suasana dan untuk memeriksa nama kami. Esok kami perlu ke pejabat SPR di  Seremban. Satu ketika dulu kamilah yang bertungkus-lumus berjuang untuk MCA di Lukut dan Bukit Pelanduk. Kali ini undi kami adalah untuk calon Barisan Alternatif. Begitu juga dengan undi saudara mara dan kawan-kawan kami."

"Pihak DAP harus membantu Keadilan mengikut cara KeADILan dan PAS membantu DAP  di pemilu yang lalu. Samada kerajaan membayar pampasan yang tertangguh ataupun tidak, kami akan terus menyokong BA. Kami memang memerlukan masa untuk melupakan tragedi yang memilukan. Namun kami tidak akan memaafkan MCA dan juga Parti Gerakan kerana segala pembohongan dan janji kosong mereka."

Petikan di atas menggambarkan betapa rakyat marhaen semakin keliru dengan keadaan yang berlaku sekarang. Tetapi, mereka tidak akan keliru siapa yang akan mereka pangkah nanti. Saya dapat merasakan kalau berdasarkan sepanduk dan bendera yang berkibar megah di kawasan Port Dickson sahaja sudah boleh mengalahkan Ruslan Kassim. Tetapi cuba tengok lama-lama akan segala sepanduk itu dan benderanya sekali. Banyak yang memaparkan gambar si diktator tua dan Isa Samad. Bendera MIC tenggelam oleh banyaknya bendera parti serpihan MIC. Kenapa?. Perhatikan pula akan bendera MCA. Di manakah bendera itu semuanya? Apakah bendera MCA masih belum dipasang lagi kerana kontraktor yang sepatutnya melakukan pemasangan itu masih menunggukan bayaran kerja-kerja yang dilakukannya di pemilu yang lalu?

Siapakah yang dapat menyangkakan, kibaran bendera parti komponen Barisan nasional  yang beribu banyaknya itu sebenarnya membawa seribu makna pula akan perkara ketidak-sefahaman yang sedang melanda Barisan Nasional kali ini.

Kalau kita dengar pula desas-desus cakap orang Melayu di Teluk Kemang, kita boleh jangkakan pilihanraya kecil kali ini sesuatu yang sengit. Ada seorang teman lama yang berkata kepada saya dengan lantang:

"BN boleh menang lagi kali ini bukan disebabkan sokongan orang Melayu. Tidak juga disebabkan kaum India dan Cina. Sokongan itu semuanya bayangan sahaja. BN akan menang kerana mereka sudah bersedia dengan tong-tong undi hantu dan undi tipu. Kalau Barisan Alternatif mahu menang, tumpukan usaha mengawal peti undi. Tumpukan juga cara undi askar dikira nanti."

Saya amat terkejut dengan pendedahan itu. Apakah benar undi hantu dan undi tipu akan memainkan peranan besarnya lagi kali ini. Patutlah...Ramai orang India di Port Dickson sudah mula menyanyikan lagi "Ayoyo...Saaamiii!. Mereka pun sudah lama tahu akan cerita ini. Bayangkanlah sendiri, kebanyakan insan yang menyanyikan lagu ini di petang hari berjalan terhoyong-hayang dengan botol berisi minuman keras di tangan.  Tentu ada sesuatu cerita yang menarik hati mereka yang diketahuinya ketika mereka tidak mabuk, sehinggakan cerita itu terus melekap di ingatan ketika mereka mula setengah gila. Kepada siapakah lagu itu mereka tujukan? Apakah terhadap dewa yang mereka selalu sembah ataupun kepada manusia yang kini memimpin parti politik mereka? Soalnya sekarang siapakah perancang utama untuk menentukan kemenangan seorang calon India di kawasan di mana majoriti terbesarnya adalah orang Melayu?   Mungkinkah, kalau kenyataan ini difahami oleh semua pengundi Melayu di Teluk Kemang, lagu yang sedang kerap dinyanyikan itu bertukar kepada Ayoyo.........Iiiisssaaaa.....?

-Marhaintua-
31 Mei 2000.

 counter.bloke.com